Letters.my sangat komited untuk melindungi privasi dan menghormati pilihan anda. Kesemua maklumat peribadi dan bukan peribadi yang dikumpul oleh kami, akan dilindungi mengikut piawaian privasi dan perlindungan data tertinggi yang diterima pakai di Malaysia serta secara global.

  • Maklumat anda tidak akan dikongsi, disewa atau dijual kepada mana-mana pihak ketiga.
  • Kami menggunakan langkah keselamatan terkini untuk melindungi maklumat anda daripada pengguna yang tidak disahkan.

1. Makluman

Kami akan memaklumkan anda dengan jelas apabila maklumat untuk mengenal pasti anda secara peribadi (“data peribadi”) diminta dan anda akan mempunyai pilihan samada untuk memberikannya atau tidak. Secara amnya, maklumat ini akan diminta apabila anda melanggan pakej dan produk, surat berita atau perkhidmatan dalam talian yang lain.

“Data Peribadi” membawa maksud seperti yang tercatat di dalam Akta, termasuk informasi seperti nama, jawatan, nama syarikat, butiran-butiran untuk dihubungi (nombor telefon, nombor faks dan alamat e-mel), butiran-butiran bank syarikat dan/atau maklumat lain yang berkaitan dengan tujuan yang dinyatakan di dalam perenggan-perenggan (2). Data Peribadi termasuk data yang telah dikumpul dan yang akan dikumpul sebelum dan selepas pengeluaran Notis Perlindungan Data Peribadi ini.

Letters.my akan mengumpul dan memelihara pelbagai jenis Data Peribadi termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat-maklumat yang dibekalkan kepada kami secara rela dan di mana perlu daripada pihak-pihak ketiga dan juga pihak awam, dari masa ke semasa.

2. Penggunaan

Kami menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan berikut:

  • Untuk memberikan anda maklumat yang membolehkan anda mengakses dan menggunakan Letters.my
  • Untuk menyesuaikan dokumen anda dengan maklumat yang diberikan secara automatik
  • Untuk memaklumkan anda tentang peningkatan produk, kemas kini, diskaun atau perkhidmatan lain daripada Letters.my

Kami mengumpul e-mel apabila anda melanggan produk percuma dan berbayar dimana kami akan menghantar komunikasi maklumat tentang kepelbagaian produk dan perkhidmatan yang disediakan dalam laman sesawang, seperti mana tujuan dan penggunaan asal yang anda boleh gunakan. Kami juga mengumpul e-mel untuk menghantar tawaran promosi daripada rangkaian produk kami kepada anda.

Kami juga mungkin mengumpul nama, bahasa, sistem pengendalian, carian dokumen dan maklumat lokasi anda untuk pengalaman yang lebih baik dengan produk Letters.my.

Apabila anda membuat langganan dengan Letters.my, kami menggunakan e-mel anda untuk menghantar pautan produk yang membolehkan anda mengaktifkan keahlian serta menerima resit langganan anda. Kami juga mengumpul nombor telefon untuk menghubungi anda sekiranya e-mel yang diberikan melantun semula kerana kesilapan memberikan alamat e-mel atau tidak dapat info alamat e-mel yang betul.

Kami juga akan menghubungi nombor telefon yang diberikan jika kami mengesyaki bahawa maklumat pemegang akaun bank atau kad kredit telah disalah gunakan, iaitu digunakan dengan cara yang menipu.

Kami juga menggunakan e-mel pelanggan kami untuk memberitahu keluaran versi produk-produk terkini, perkhidmatan baharu atau tawaran promosi.

Data akan disimpan selama-lamanya. Ini membolehkan kami menyediakan pautan baru untuk pelanggan apabila mereka tersalah isi maklumat atau terlupa untuk log masuk. Data yang terkumpul juga disimpan untuk tujuan statistik jualan.

3. Persetujuan

Apabila anda memberikan maklumat peribadi anda, anda bersetuju bahawa ia boleh digunakan untuk tujuan di atas dan Letters.my ialah pemegang sah maklumat tersebut. Jika anda memilih untuk tidak mendaftar atau memberikan maklumat peribadi, anda masih boleh menggunakan laman web kami tetapi anda tidak akan dapat menerima perkhidmatan tambahan atau mengakses kawasan tertentu yang memerlukan pendaftaran. Untuk menggunakan Letters.my, anda mesti mengaktifkan log masuk selepas proses langganan. Apabila anda mendaftar dan memasuki log yang berbayar, bermakna anda telah memberikan persetujuan untuk menerima maklumat daripada kami. Dalam setiap komunikasi yang diterima oleh kami, anda juga boleh memilih untuk berhenti melanggan komunikasi selanjutnya; sebagai alternatif anda boleh menghubungi kami untuk menyatakan pilihan anda di alamat yang diberikan di bahagian bawah halaman ini.

Sekiranya anda tidak memberi Letters.my kebenaran untuk mengawal, memproses atau mengguna data peribadi anda bagi apa-apa jua tujuan yang dinyatakan di dalam perenggan-perenggan di atas, sila hubungi atau maklumkan kepada kami secara bertulis. Sekiranya pihak kami tidak mendengar apa-apa berita daripada anda, pihak kami akan menganggap bahawa anda bersetuju dengan penggunaan maklumat atau data peribadi anda oleh Letters.my.

Sekiranya anda membatalkan atau menarik balik persetujuan untuk kami memproses data peribadi anda, ini mungkin akan menjejaskan pihak kami daripada menjalankan tujuan yang dinyatakan di dalam perenggan-perenggan di atas dan anda juga tidak dapat menikmati semua manfaat atau perkhidmatan Letters.my.

Pemberian data peribadi anda adalah secara sukarela, kecuali dikehendaki oleh undang-undang berkenaan atau peraturan-peraturannya. Walau bagaimanapun, jika anda tidak memberikan data peribadi anda yang mencukupi, Letters.my mungkin tidak dapat berhubung dengan anda atau menerima, mengambil tindakan atau memberi tindak balas kepada permohonan atau permintaan yang dibuat kepada pihak kami untuk tujuan yang dinyatakan di dalam perenggan-perenggan di atas.

4. Akses kepada Maklumat Anda

Anda berhak untuk menyemak maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami dan memastikan bahawa ia adalah tepat dan terkini pada setiap masa. Untuk menyemak atau mengemas kini maklumat, anda hanya perlu masuk di halaman “Kemas kini Maklumat” dalam web Letters.my atau juga boleh meminta kami mengemaskinikan maklumat anda dengan sewajarnya.

5. Keselamatan Maklumat

Letters.my sangat komited untuk melindungi maklumat peribadi anda serta memastikan pilihan anda terus dihormati. Kami telah mengambil langkah keselamatan yang kukuh untuk melindungi data anda daripada kehilangan, penyalahgunaan, akses tanpa kebenaran, pendedahan, pengubahan atau kemusnahan. Semua data sensitif yang disimpan adalah dengan menggunakan ciri-ciri keselamatan yang terkini serta akses yang terhad pada pekerja kami.

Kami menjamin bahawa semua transaksi e-dagang mengikut langkah keselamatan yang tinggi dan menggunakan teknologi terbaik yang sedia ada. Teknologi Secure Sockets Layer (SSL) digunakan apabila anda membuat pesanan dalam talian atau menghantar maklumat sensitif. SSL adalah salah satu kaedah paling selamat untuk menghantar maklumat melalui Internet.

Semua data peribadi yang disimpan oleh pihak kami, akan dirahsiakan menurut Notis Perlindungan Data Peribadi. Ini selaras dengan undang-undang yang berkenaan, dari masa ke masa.

6. Perkara yang Kami Lakukan Dengan Maklumat yang Anda Kongsi

Maklumat anda tidak pernah dikongsi di luar syarikat tanpa kebenaran anda. Apabila anda memuat turun produk dari Letters.my, anda diminta untuk memberikan maklumat dan data peribadi anda, termasuk alamat e-mel yang sah. Kami menggunakan maklumat ini untuk menghantar kemas kini kepada anda tentang Letters.my, pengesahan langganan dan maklumat tentang perkhidmatan kami. Apabila anda melanggan daripada kami, kami akan meminta nombor akaun atau kad kredit dan alamat pembayaran anda. Kami menggunakan maklumat ini hanya untuk anda melakukan transaksi pembayaran untuk produk yang anda langgan pada masa tertentu.

Dalam keadaan yang jarang berlaku, Letters.my boleh mendedahkan maklumat peribadi anda, tanpa notis, hanya jika dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang atau dengan niat baik bahawa tindakan tersebut perlu untuk:

(a) mematuhi perintah undang-undang atau mematuhi proses undang-undang yang disampaikan di laman sesawang Letters.my;

(b) melindungi dan mempertahankan hak atau harta Letters.my serta keluarga dan hartanya; dan

(c) bertindak dalam keadaan terdesak untuk melindungi keselamatan peribadi pengguna Letters.my, laman sesawang, atau orang ramai.

7. Menamatkan Langganan Dan Akses

Kami memberi pengguna peluang untuk menarik diri daripada menerima info yang dikemas kini tentang produk-produk, surat dan berita serta komunikasi lain daripada kami. Anda boleh memilih menamatkan akses dengan mengklik pada pautan yang disediakan dalam mel elektronik kami atau dengan menghubungi kami di alamat di bahagian bawah halaman ini.

8. Perubahan Kepada Polisi Ini

Jika kami membuat perubahan pada dasar privasi dan polisi data peribadi ini, kami akan menyiarkan perubahan ini di sini supaya anda sentiasa mengetahui maklumat yang kami kumpulkan, cara kami menggunakannya dan dalam keadaan apa jua, jika ada, kami akan mendedahkannya. Jika pada bila-bila masa kami memutuskan untuk menggunakan maklumat anda dengan cara yang berbeza daripada yang dinyatakan pada masa ia dikumpulkan, kami akan memberitahu anda melalui e-mel.

9. Penguatkuasaan Polisi

Jika atas sebab tertentu anda percaya Letters.my tidak mematuhi prinsip dan polisi ini, sila maklumkan kepada kami dan kami akan melakukan yang terbaik untuk melakukan pembetulan dengan segera.

10. Soalan atau Komen

Jika anda mempunyai sebarang soalan atau komen tentang dasar privasi ini, sila e-mel kepada kami atau hubungi kami di:

Letters Tech Services

Contact Number:

Email: cs@letters.my